assalamualaikum....
Maaf sebab aku dah lama tak upadate blog yang usang ni... mungkin waktu tu aku tak ada mood untuk menaip dan bercerita kisah aku... kadang-kadang apa yang kita lalui tak semestinya kita share dengan orang, tapi, patut jugak kita share untuk kebaikan kita juga...
tajuk entry kali ni aku sendiri tak tau... susah untuk aku tulis... sekejap je masa berlalu.. tak lama lagi aku akan tamatkan zaman diploma di melaka... tinggal menunggu hari saja lagi... selepas ni aku akan menduduki final exam pada bulan 10 ni... doakan aku ye...semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan pengakhiran diploma ni...
selama 3 thn aku di melaka..bermacam-macam yang aku lalui sendiri... kadang-kadang ada manis nye, kadang-kadang ada pahit nye... aku tak akan lupakan kenangan yang aku harungi bersama dengan kawan-kawan seangkatan dengan aku.. walaupun itu pahit untuk aku telan seorang diri...
syukur ALHAMDULILLAH sebab aku masih ada keluarga tersayang dan insan yang tersayang.... aku kuat kerana mereka... kalau lah mereka tak ada masa sekarang ni, aku tak tau apa yang terjadi pada aku... terngiang-ngiang di telinga ni bila keluarga dan si dia mengungkapkan perkara yang sama... "kuatkan semangat, mintak pertunjuk dari ALLAH, jangan pernah lupakan DIA.." aku tau, DIA adalah YANG BERKUASA.... bila aku fikirkan balik, bila kita dalam keadaan apa sekalipun, jangan lah sesekali lupa pada PENCIPTA kita... kerana DIA tempat kita mengadu segala suka ataupun duka....
aku menghitung hari demi hari, agar aku dapat menghabiskan zaman diploma ini dengan hati yang tenang dan pulang kepangkuan keluarga... dengan ini, aku dapat melupakan segala pahit dan sakit yang aku lalui selama ini...mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.. aku hanya insan dan makhluk TUHAN yang perlu bersabar dan tabah untuk menempuh segala ujian yang diberi....
Tuesday, September 25, 2012
Tuesday, August 14, 2012
Kehidupan
Assalamualaikum pembaca yang setia... hari ini genap ramadhan yang ke 25.. Harap kamu semua diberkati dan dirahmati pada bulan yang mulia ini...
Kehidupan seseorang itu tidak berbeza dengan kehidupan orang lain... Cuma yang berbeza nya, kehidupan yang indah ataupun sebalik nya... Segala apa yang terjadi dalam kehidupan kita sudah semestinya ketentuan dari Ilahi sebagai satu ujian untuk hamba-hambanya... Ujian yang mendatang dari Ilahi adalah satu perkara yang membuat hamba-hambanya sentiasa kuat, sabar dan tabah... Bukan itu sahaja, ujian ini juga yang menguatkan lagi hubungan antara Pencipta dan Hambanya..
Syukur ALHAMDULILLAH kerana aku diberi kehidupan yang sangat baik... Walaupun kadang-kadang aku di duga dengan perkara yang tak pernah aku menyangka akan berlaku... Pernah diri ini di duga dengan satu ujian yang tak sanggup aku tempuh seorang diri... Walaupun pahit ujian itu, aku telan dengan hati terbuka.. Aku masih berharap yang suatu hari nanti ujian ini akan beransur pulih... Mungkin ujian yang datang ini adalah dari kesalahan dari diriku sendiri... Aku berharap, diberikan kekuatan yang sangat tinggi, ketabahan sebagai dinding yang sangat kukuh bagi ku untuk menahan diri ini dari perasaan marah, tak sabar, dan ego...
Aku berharap di bulan yang mulia ini, segala apa yang aku pohon dalam setiap sujud ku, doaku, moga-moga ia dimakbulkan oleh yang MAHA BERKUASA lagi MAHA AGONG... Amin....

Monday, August 13, 2012
Henna ^_^
Assalamualaikum semua pembaca blog yang setia. Hopefully, kamu semua sihat-sihat sahaja...
Masih belum terlambat kan untuk aku mengucapkan Selamt Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak walaupun tinggal beberapa hari je nak raya.. oooppppsss!! Sepatutnya aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. kan???....emmmm sorry lah sebab dah lama juga aku tak update apa-apa cerita di blog yang usang ini...
Ok, back to the entry harini, henna... Ada sesiapa yang tak tahu henna tu apa ke??? Kalau tak tau boleh lah anda-anda semua search kat google... apa tu henna?? Bagaimana rupa henna tu??? Tapi, mustahil kan kalau kamu semua tak tahu apa tu henna...
Sebenarnya, aku pernah mencuba pakai henna ni.. Masa tu aku pergi Taman Cempaka di Melaka.. Taman Cempaka ni selalunya dibuka masa bulan puasa.. Banyak kedai-kedai yang disediakan untuk mereka membeli belah untuk persiapan hari raya... Harga kat sana pun boleh tahan murah dan berbaloi lah... Nak dijadikan cerita, ada satu kedai tu menyediakan service membuat henna... Aku mula tertarik pada henna bila orang kedai tu mencorakkan henna tu pada salah seorang pelanggan dia yang datang untuk mendapatkan khidmat tu... So, aku pun mencuba untuk mendapatkan khidmat yang sama... Memang sangat berpuas hati dengan seni yang dihasilkan di tangan kiri aku... so, aku mula berangan di situ.. Bila kahwin nanti aku nak memakai henna yang bercorak itu.. hehehehehehehehehehe
Ini lah hasil nya...
Kepada mereka yang berminat boleh lah mencuba....sekadar suka-suka sahaja...
ok??? ^_^

Thursday, July 12, 2012
The Amazing Spiderman
Assalamualaikum....
Terasa cepat pula mengupdate blog yang usang ni.... Tak apalah kan? aku rasa ada idea nak share kat blog ni... Tadi, aku sempat menghabiskan masa di panggung wayang....masa yang dihabiskan di sana sangat lah berbaloi...nak tau ke apa cerita yang aku tengok???? jangan jealous ye.... THE AMAZING SPIDERMAN... ada sesiapa yang dah tengok?? So, apa komen kamu??? Mesti best kn?? ermmmm... bagi aku cerita nya sangat best...memang amazing giler lah....Rasa nya cam nak tengok lagi... Tak puas kot... Pada mereka yang belum tengok cerita tu, moh lah tengok... memang sangat berbaloi, kamu tak kan rugi kalau tengok...ceritanya sangat best dari spiderman yang lama....

Andrew Garfield (Spider-man) as Peter Parker
Emma Stone as Gwen Stacy
Selamat menonton dipawagam yang berhampiran... Cerita ni takkan merugikan kamu.... Memang berbaloi.... :)
Wednesday, July 11, 2012
Si c( ' _' )mel
Assalamualaikum pembaca y setia... hopely dalam keadaan sihat... Walaupun aku dah banyak aku update blog ni. Tapi, still lagi kekok sebab tak pandai nak mengarang ataupun bermadah dengan baik...
Back to the entry aku tu... semalam ada seekor kucing siam kot... tak silap berjalan-jalan sambil diikuti tuan dia... dia berjalan menonong masuk dalam rumah...tapi tak adalah sampai dalam rumah sangat pun... just kat depan pagar tu je... aku sangat geram tengok dia...pastu terus kejar dan sempat jugak pegang kucing tu.... Bulu dia sangat lembut...bersih je... suka sangat-sangat....
Apa yang aku tahu kucing siam ni susah and cerewet sikit nak jaga... Setiap bulan kene pergi klinik haiwan dapat kan rawatan...tu belum kos lain lagi...kos makan, kos perubatan, dan lain-lain lagi lah....
Sebenarnya, aku selalu berangan yang suatu hari nanti aku pun nak membela kucing siam tu... walaupun kos yang tinggi ke apa...tapi, aku teringin jugak...Insyaallah kalau dah ada duit sendiri, aku cuba untuk memmbela dia... Selama ni pun aku dah pernah membela 15 ekor kucing.. tu pun kucing kampung yang tak banyak memerlukan kos... Cuma sediakan kos untuk makanan, mandian... Sejujur nya, aku sangat sukakan kucing.... sebab, kucing comel..dan aku cepat kecian kan kucing kalau ada yang terbiar, tak ada tuan.. kecian kan kucing cam tu... sebenarnya kucing pun ada hati dan perasaan... kalau kita sentiasa sayang, manja dengan dia, kita boleh jadi sahabat dengan dia...kalau tak percaya, try lah membela kucing dan bagilah kasih sayang pada mereka... bukan tu je, kucing kan haiwan yang disayang nabi kita..betul tak??? Kalau kita sayang pada mereka insyaallah kita akn dapat balasan yang baik dari ALLAH SWT....
ha...ni lah kucing idaman aku.....walaupun tak adalah seberapa tapi cita-cita nak memiliki kucing cam ni sangat tinggi...ok??? hehehehehehe Insyaallah semoga aku dapat memilikinya satu hari nanti...
Back to the entry aku tu... semalam ada seekor kucing siam kot... tak silap berjalan-jalan sambil diikuti tuan dia... dia berjalan menonong masuk dalam rumah...tapi tak adalah sampai dalam rumah sangat pun... just kat depan pagar tu je... aku sangat geram tengok dia...pastu terus kejar dan sempat jugak pegang kucing tu.... Bulu dia sangat lembut...bersih je... suka sangat-sangat....
Apa yang aku tahu kucing siam ni susah and cerewet sikit nak jaga... Setiap bulan kene pergi klinik haiwan dapat kan rawatan...tu belum kos lain lagi...kos makan, kos perubatan, dan lain-lain lagi lah....
ha...ni lah kucing idaman aku.....walaupun tak adalah seberapa tapi cita-cita nak memiliki kucing cam ni sangat tinggi...ok??? hehehehehehe Insyaallah semoga aku dapat memilikinya satu hari nanti...
Thursday, July 5, 2012
Silaturrahim antara kita ( '_' )
Assalamualaikum kepada bloger & pembaca y setia...harap semuanya dalam keadaan sihat selalu...
Hampir berapa minggu or hari ek aku tak ada post apa-apa di blog y usang ni...
Sudah 3 tahun aku berada di Melaka atas urusan belajar baru hari ini aku rasakan y talian persahabatan antara kami seangkatan adalah sangat berharga... sebelum ni, kami lebih banyak buat hal masing-masing, berdiam diri, ikut perasaan saja... tapi hari ini kami dapat buktikan y kami sangat memerlukan antara satu sama lain..
Syukur alhamdulillah ke hadrat ILAHI kerana akhir nya kami dapat berkumpul bersama-sama ke arah y di redhai olehNYA... Hari ini kami beramai-ramai membaca yassin pada malam jumaat, malam y penuh berkah dan rahmat olehNYA... Malam last nisfu sya'aban...
Terima Kasih YA ALLAH kerana KAU mengumpul kan kami pada akhir perjuangan kami di sini... KAU berkati dan rahmati lah silaturrahim y terjalin diantara kami... Semoga silaturrahim y terjalin ini kami dapat kekalkan nya sampai bila-bila....
p/s: hargailah silaturrahim antara kamu dengan mereka.. kerana silaturrahim ini adalah satu anugerah y perlu kita pupuk, semai dan jaga sama ada kita memulihara ataupun memelihara nya... silaturrahim antara insan ataupun dengan makhluk ALLAH y lain adalah perkara y dirahmati dan diredhai oleh NYA...

Tuesday, June 26, 2012
Kami @ W( '_' )nderland
Assalamualikum...sihat ke pembaca-pembaca yang setia??? Alhamdulillah kalau sihat....Aku masih musykil kalau berapa ramai lah yang membaca blog aku yang tak seberapa ni... Of course lah nak tau kan??? tapi, bila dah tau siapa yang membaca mesti akan malu sendiri... Serius aku malu sangat-sangat bila orang yang rapat dengan kita baca blog kita... Kalau korang malu tak??? Kalau aku malu...sebab penulisan aku tak sehebat macam mereka yang suka bermadah.... heheheheh
Back to the entry today, ingat lagi tak yang aku ada nak share sedikit cerita bergembira dengan kawan-kawan aku.. Ingat tak??? Kalau tak ingat, tak mengapa.. Aku share kat blog ni....
19/6/2012, Selasa
Sepatut nya hari tersebut kami ada kelas Insurance Transportation, tapi, kelas tersebut di canclekan atas sebab-sebab tertentu... Best gila sem 6 ni, selalu je kelas cancle...Awal-awal sem dah bergembira...takut nanti hujung-hujung sem banyak pula kelas yang di ganti...Bak kata orang "bersusah-susah sekarang, bersenang-senang kemudian"..tapi, pepatah ni tak sesuai sangat, so, aku terbalik kan dia, "bersenang-senang sekarang, bersusah-susah kemudian"... Betul tak?????hehehehehehehe itu lah perihal budak yang bergelar student....
So, kami decide malam tu untuk bergembira di Wonderland, Melaka...Sebab nya, kami dah last sem apa salah nya kami bermesra, bergembira, bersama-sama untuk di jadikan kenangan bersama... So, sempat lah kami merakam kan kegembiraan kami di Wonderland. Walaupun tak berapa banyak, at least kami ada merakam kan kebersamaan kami....ceh2...ayat nak power....hahahahahah :)
terlalu excited, lepas keluar dari kereta terus bergambar
Sebelum masuk :)
Kami di kaunter tiket..RM 26 sahaja
:)
Terjumpa anak dinosaur entah apa nama spesis nya...
:)
Kami mula memasuki
sempat bergambar dengan mascot yang comel
( ^_^ )
Disaat kelaparan melanda diri masing-masing
Jemput makan!!!
Thursday, June 21, 2012
Small dinner ( '_' )
Assalamualaikum bloger ataupon mereka yang sudi membaca blog aku ni.... Ribuan terima kasih kerana kamu semua masih menyinggah di blog yang agak usang ini... sebab nya tuan punya blog ni tak de lah pandai sangat nak bermadah ataupun bercerita yang menarik perhatian semua....
Hari ini adalah hari yang ke 13 aku di melaka...hampir 2 minggu aku memulakan sem baru... Syukur Alhamdulillah ke hadrat ILAHI kerana limpah dan rahmatNYA aku masih berdiri dan memberi aku kekuatan dan juga semangat yang sangat tinggi untuk aku berdepan hari-hari di UiTM Lendu, Alor Gajah....

di sini lah aku di tempatkan untuk mendapatkan segulung diploma...
Sebenarnya, bukan itu yang aku nak share dengan semua... kalau tengok entry tu pun dah "lari" dari apa yang aku cerita.. hehehehe... Agak berliku-liku sedikit jalan ceritanya... Harap tak membosankan....ok???
Tadi, pukul 8.30 malam aku dan kawan-kawan seangkatan dinner sama-sama setelah sekian lama aku tak dapat rasakan sepert hari ini... Sangat bersyukur kepadaNYA kerana telah membuka dan melembutkan hati mereka termasuk aku untuk bersama-sama kembali setelah apa yang terjadi antara kami semua... Sebelum ini, kami buat hal masing-masing, kadang ada je yang tak puas hati, gaduh lah dan banyak lagi lah... Tapi, itu semua beberapa sem yang lepas... Setelah apa yang terjadi lalu, tak mematahkan kami untuk unite balik...untuk gathering sama-sama... sebelum malam ini pun, kami dah habis kan masa bersama, have fun di wonderland.. Nanti aku share cerita di wonderland dengan semua....ok???? Bak kata orang, jangan toleh kebelakang lagi... Maksud nya, apa yang dah terjadi lalu, biarkan berlalu.. Apa yang penting kita ubah dan perbaiki apa yang selama ini kurang dalam diri masing-masing.. Mengubah ke arah yang baik itu tidak salah, malah mendapat keredhaan dan dirahmati olehNYA...
Aku berharap hubungan kami seangkatan ini akan terus berkekalan hingga akhir nyawa kami... Bukan hanya kami berada di UiTM Lendu, Alor Gajah sahaja kami bersilaturrahim.... Amin.... :)
Monday, June 11, 2012
First day ( ' ',)
Assalamualaikum....hai...
Masih tak tau sebenar nya nak update apa... Cuma adalah sikit cerita yang nak share to all of you....
Harini adalah first day aku masuk ke kelas.. Aku dah ada di sem 6 tau.. Sem yang terakhir....
First day is going not bad...is going fun...smoothly....Hopely the other day is gonna be alright.....aku suka masa first kelas bermula minggu ni sebab nya tak start study apa-apa lagi...Pulak tu arini kelas 1 subjek je...Subjek INS271...Agak-agaknya apa itu INS271....Semua tak tau kan????? Sebenarnya INS271 ni adalah salah satu subjek insurans yang perlu aku belajar untuk this sem....and subjek ni jugak adalah sambungan subjek INS268...(Property & Pecuniary Insurance).. Last sem aku suka subjek INS268, sebabnya interesting untuk kita tau apa property yang patut insurance company cover bila berlaku nya kebakaran ke apa ke yang melibatkan kerugian. So, INS271 (Property & Pecuniary Insurance 2), kata lecturer aku subjek ni simple and easy.. So, hopely apa yang dia cakap tu betul lah...
Hari ni kelas tak lama pun....sebabnya baru permulaan...mungkin lepas ni dah start study...ala..just ice breaking tentang subjek, borak-borak dengan lecturer...hehehehe tu yang seronok.. first day without stress!! Mood happy sangat-sangat sebab apa yang aku jangka tak berlaku...
Doakan aku semoga last sem ni aku boleh buat yang terbaik untuk diri sendiri & family....ok??? Terima Kasih sebab sudi meninjau blog aku yang tak seberapa..Take care & have a nice day... <3

Sunday, June 10, 2012
Kembali ke Melaka
Assalamualaikum...sihat ke y membaca blog aku ni?????emmmmm kalau sihat alhamdulillah...kalau ada y tak sihat...jaga lah kesihatan anda....
Hari ini 10/6/2012...rse nye dah lama aku tak ada post apa-apa kn????tapi hari ni nak juga lah share cerita kat blog ni.....Hari ni aku dah start pulang ke melaka and esok klas pun dah start..rasa nya memang sangat cepat masa berlalu...pejam celik pejam celik masa 2 bulan cuti dh habis...masa 2 bulan cuti lah aku banyak habis kan masa dengan family...memang sangat best sangat bila masa kita spend dengan family.
Family aku banyak berkorban demi aku...tengok lah hari ni je diorang sanggup datang melaka semata-mata nak hantar aku balik.... Selepas apa yang berlaku pada sem lepas, family saja yang menguatkan aku...
Aku berharap sem ini aku boleh kuat seperti sem lepas..mungkin sem ini lebih banyak dugaan dan cabaran yang perlu aku lalui sendiri....
ok kita lupakan pasal yang dah lepas....hari ini aku jumpa fahrin ahmad!!!!!!!....terkejut tau....tapi happy sangat-sangat sebab jumpa orang macam dia....sempat snap gambar tau.....pada awal nya aku dengan family memang tak tahu pun yang fahrin ahmad ni ada...dia betul-betul ada kat depan kitorang...cuma dia membelakangi kitorang...so, memang tak perasan lah....nak-nak kitorang ni baru je sampai....memang tak sangka y aku boleh jumpa dengan dia...berbunga-bunga hati tengok dia....hensome kot......perempuan mana tak cair tengok lelaki hensome macam dia....so, ni lah gambar y sempat snap tadi siang..ingatkan nak ambik gambar berdua dengan dia tapi tak sempat sebab dia pun tergesa-gesa....apa-apapun aku happy....

emmmm ok lah semua..nanti aku post lagi cerita-cerita menarik, sedih, sensasi ke apa ke kat blog y selalu usang ini....hehehehehehehe have a nice day....
Tuesday, May 1, 2012
masa y sesuai( " )
Assalamualaikum semua.... sihat semua???? hopely, kamu y sedang membaca blog aku ni sihat selalu lah ye...kalau tak sihat tu cepat2 lah b'ubt sebelum terlambat...
Cukup sebulan aku kt kampung...semuanya best sgt walaupun tak ada apa nk dibuat... y penting aku lebih dekat dengan family..especially mak n ayah aku....happy bila dekat dengan mereka...y paling best nye bila dapat makan makanan yang mak kita masak...
Jangan ingat aku kt rumah tak ada benda nak buat....aku banyak bantu mak aku lah kt rumah....kemas rumah terutamanya.. ye lah...anak dara lah kan katakan..semua kene belajar.. betol tak????
masa cuti ni jugak lah aku ambik kesempatan belajar memasak...tiap kali cuti sem ini lah rutin ku....kursus memasak...tenaga pengajar nye mak aku sendiri....ok lah tu kan.... banyak lah jugak aku belajar.... memasak ni bekalan untuk masa depan... sebab perempuan memang kene tau memasak..kalau tak tau malu beb... nak2 kalau lelaki lebih pndai memasak dari perempuan..tebal muka nk cover malu....
k lah semua, tak tau pe lagi nk cerita...sebab tak ada feel nk cerita.... ok??? nanti kita jumpa lagi...hahahahaha :)

Friday, March 30, 2012
Habis sudah sem 5
Assalamualaikum semua...hopely ok2 belaka....
Syukur Alhamdulillah akhirnya aku boleh menghabiskan sem 5 di uitm melaka. walaupun sem ni aku banyak d'duga dengan pelbagai ujian, tekanan & macam lagi.... hanya kata syukur yang mampu aku ucapkan, kerana DIA MAHA BERKUASA....terima kasih YA ALLAH kerana telah memberi aku ketenangan, kesabaran & ketabahan menempuh dugaan, cabaran & ujian yang ENGKAU berikan...aku yakin & pasti semua ini ada hikmah disebalik nya.... AMIN...
Hanya tinggal 1 sem sahaja lagi aku menamatkan Diploma Pengajian Perniagaan Insurans di Uitm Melaka... aku berharap semua nya akan seperti biasa...semoga juga, aku dapat menempuh ujian & cabaran yang akan datang dengan penuh kekuatan, ketabahan & kesabaran yang sangat tinggi...
Thursday, March 29, 2012
Kembali !!!
Assalamualaikum.... hai semua....hopely yang membaca blog aku ni berada dalam keadaan sihat...ok???? Kalau tak sihat cepat-cepat lah makan ubat ye... nanti makin teruk susah plak jadinya....
kalau tak silap dah berbulan rasa nya aku tak post apa-apa di coretan ni....dan tak buka langsung coretan ni...
lagipun siapa lah yang nak membaca blog aku kn??? cam ramai lah plak kan nak baca, tengok or usha2 blog yang tak seberapa ni....hehehe perasan je kan??????hahahahaha.... sebenar nya aku bukan lah hebat cam orang lain yang pandai mengarang apa2 je kat blog ke buku diary ke, apa ke..... lagipun aku masih belajar dengan semua ni... budak baru nak belajar kan??? apa salah nya kita belajar benda yang baru....
ada nampak perubahan kan kat blog ni??????siapa yang nampak tu, alhamdulillah....anda masih waras....hehehehehehehehe ala perubahan pun tak lah hebat mana pun, just tukar ini itu je..... mungkin blog aku ni lebih nampak matang dari yang sebelum nya.... tu yang penting.... sebab sebelum ni blog aku cam apa entah.....lebih simple je itu yang penting....
berbulan aku tak post apa2 bukan nya dah malas tp, tak ada masa nak fun2 coret kat coretan ni... coz, aku pun dah sem 5 kat uitm.. so, makin bertambah sem tu, makin susah lah kan???? so, aku tak boleh nak handle 2 benda dalam satu masa.... kalau bab study ni memang penting sangat daripada bab2 lain... bukan nak cakap aku ni hebat or berlagak tapi itu memang prinsip aku.... emmm sekarang ni aku baru cuti sem... so boleh lah luang kan masa bersama CORETAN KECIL ADEQ.... ha....lupa plak nak bagitau....nama blog ni pun aku tukar sikit.... so, hopely have fun read my blog....
dalam masa berbulan-bulan lamanya ni macam sebenarnya nak coretkan di sini, tapi cam tak tahu nak mula dari mana.... tapi tak pe insyaallah aku coretkan....ok????

Mencuit Hati
Assalamualaikum... u oll'sz....hehehehehehe..... terdetik dari hati nak menceritakan satu peristiwa yang tak dapat di lupakan sampai sekarang.... macam lah hebat & meletop sangat kan cerita aku ni....tapi, itu lah yang mencuitkan hati.... peristiwa ni berlaku masa aku kecil2 dulu....tapi, tak pasti lah masa tu umur aku berapa...mungkin dalam 8 tahun kot....korang semua mesti pernah kena marah, pukul ngan mak or ayah korang kan????? biasa lah tu, mak & ayah kita nak mendidik kita...tapi, sekarang cuba lah orang tua pukul sikit sumea nya kata mendera....kadang2 ada betul nya mendera, tapi tak semestinya semua pukulan itu mendera...bagi aku, selagi pukulan tu tak memberi kesan yang buruk pada anaknya itu bukan mendera.....
ok, aku cerita lah kisah aku masa kecil2 dulu.....memang banyak kali sebenarnya aku kena cubit ngan mak aku.... cubit tu pun dah biasa dah...kalau buat hal memang itu lah yang aku dapat....tapi, yang kisah aku nak cerita ni bukan pasal cubit, pasal benda lain, yang mungkin aku tak pernah alami dulu....ye lah kecil lagi kot....
kisah nya cam ni... aku, abg cik, & abg ude tengah tengok tv....kami bertiga memang tengok tv sama2....masa tu ngah layan cerita kartun....budak2 macam aku ni memang giler kartun.....tengah seronok tengok cerita tu, abg cik tukar channel lain...apa lagi merengek lah aku....nak mintak cerita kartun....abg ude aku pun backup lah aku....mase kecikl2 dulu aku banyak backup oooo......biasalah anak bongsu lah katakan......hehehehehehe....abg ude mintak lah pada abg cik tukar channel kartun tadi, tapi abg cik tak nak...sampai diorang plak yang gaduh disebabkan aku.....masa tu aku tak tau apa2....gaduh2 sampai lah mak dengar kat dapur...bising sangat agak nya...dia naik umah atas...then kitorang bertiga kena lah...lintang pukang masing2 lari....sampai mak aku baling kerusi kat abg2 aku....sampai patah lah kaki kerusi...dengan kaki kerusi tu lah mak belasah kami.....abg2 aku kena...aku cabut dari rumah, keluar rumah dengan tak pakai selipar cari ayah kat kedai...takut gile masa tu...sepanjang jalan aku menganis smapai semua orang tanya.....malu lah juga masa tu....tapi, takut punya pasal, cari lah ayah.....dah jumpa ayah,rasa selamat sangat2....hehehehehe pas tu ayah pujuk lah...bawa balik umah.....tu lah kisah nya......... -the end-
mak aku dulu garang sangat2.....memang suka pukul anak kalau buat salah...tapi, mak buat macam tu sebab sayangkan kami, nak kami jadi "orang".... masa kecil dulu, aku selalu tak faham kenapa mesti kena pukul bahan padahal salahnya tak lah besar mana...selalu pertikaikan...tapi, bila dah besar, baru lah aku faham kenapa mak & ayah buat macam tu kat kita, sebenarnya mereka nak mendidik kita...kalau meraka tak buat macam tu, mungkin aku tak jadi "orang"..... ayah selalu tanya, "sayang mak ke sayang ayah"???? aku jawab, "sayang ayah lah".... pastu ayah tanya, "kenapa"????? aku jawab, "mak garang, ayah baik".......
Tapi, bila soalan tu ditanya lagi, aku akan jawab, "sayang mak & ayah sangat2"......

mak & ayah
Subscribe to:
Posts (Atom)