Tuesday, August 14, 2012

Kehidupan

Assalamualaikum pembaca yang setia... hari ini genap ramadhan yang ke 25.. Harap kamu semua diberkati dan dirahmati pada bulan yang mulia ini...

Kehidupan seseorang itu tidak berbeza dengan kehidupan orang lain... Cuma yang berbeza nya, kehidupan yang indah ataupun sebalik nya... Segala apa yang terjadi dalam kehidupan kita sudah semestinya ketentuan dari Ilahi sebagai satu ujian untuk hamba-hambanya... Ujian yang mendatang dari Ilahi adalah satu perkara yang membuat hamba-hambanya sentiasa kuat, sabar dan tabah... Bukan itu sahaja, ujian ini juga yang menguatkan lagi hubungan antara Pencipta dan Hambanya..

Syukur ALHAMDULILLAH kerana aku diberi kehidupan yang sangat baik... Walaupun kadang-kadang aku di duga dengan perkara yang tak pernah aku menyangka akan berlaku... Pernah diri ini di duga dengan satu ujian yang tak sanggup aku tempuh seorang diri... Walaupun pahit ujian itu, aku telan dengan hati terbuka.. Aku masih berharap yang suatu hari nanti ujian ini akan beransur pulih... Mungkin ujian yang datang  ini adalah dari kesalahan dari diriku sendiri... Aku berharap, diberikan kekuatan yang sangat tinggi, ketabahan sebagai dinding yang sangat kukuh bagi ku untuk menahan diri ini dari perasaan marah, tak sabar, dan ego...

Aku berharap di bulan yang mulia ini, segala apa yang aku pohon dalam setiap sujud ku, doaku, moga-moga ia dimakbulkan oleh yang MAHA BERKUASA lagi MAHA AGONG... Amin....

Monday, August 13, 2012

Henna ^_^

Assalamualaikum semua pembaca blog yang setia. Hopefully, kamu semua sihat-sihat sahaja...

Masih belum terlambat kan untuk aku mengucapkan Selamt Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak walaupun tinggal beberapa hari je nak raya.. oooppppsss!! Sepatutnya aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. kan???....emmmm sorry lah sebab dah lama juga aku tak update apa-apa cerita di blog yang usang ini...

Ok, back to the entry harini, henna... Ada sesiapa yang tak tahu henna tu apa ke??? Kalau tak tau boleh lah anda-anda semua search kat google... apa tu henna?? Bagaimana rupa henna tu??? Tapi, mustahil kan kalau kamu semua tak tahu apa tu henna...

Sebenarnya, aku pernah mencuba pakai henna ni.. Masa tu aku pergi Taman Cempaka di Melaka.. Taman Cempaka ni selalunya dibuka masa bulan puasa.. Banyak kedai-kedai yang disediakan untuk mereka membeli belah untuk persiapan hari raya... Harga kat sana pun boleh tahan murah dan berbaloi lah... Nak dijadikan cerita, ada satu kedai tu menyediakan service membuat henna... Aku mula tertarik pada henna bila orang kedai tu mencorakkan henna tu pada salah seorang pelanggan dia yang datang untuk mendapatkan khidmat tu... So, aku pun mencuba untuk mendapatkan khidmat yang sama... Memang sangat berpuas hati dengan seni yang dihasilkan di tangan kiri aku... so, aku mula berangan di situ.. Bila kahwin nanti aku nak memakai henna yang bercorak itu.. hehehehehehehehehehe


Ini lah hasil nya...







Kepada mereka yang berminat boleh lah mencuba....sekadar suka-suka sahaja...
ok??? ^_^