Sunday, August 21, 2011

Hati yang terubat

Kedatangan sahabatku di uitm melaka membuatkan hati ini sangat lega.... setelah sekian lama kami tak pernah berjumpa... segala rindu akhirnya terubat jua... walaupun kami tinggal di negeri yang sama, tapi masa untuk bersama amatlah terhad... jarak adalah pemisah antara kami... kerana kami menuntut ilmu di tempat yang berbeza... aku menyambut kedatangan dia dengan hati yang sangat terbuka kerana aku amat memerlukan sahabat tika hati bercelaru, serabut, dihimpit dengan segala masalah....

so, aku rasa tak terlambat lagi untuk aku ucap: 



malam tadi kami menghabiskan masa bersama.... sudah sekian lama tak berjumpa, bergosip, mencurahkan segala masalah yang ada, kami ketawa bersama... aku rasa sangat lega apabila dia menjadi pendengar yang sangat setia...berkongsi pendapat, memberi sokongan pada aku yang sangat lemah tika ini.... di saat ini aku memerlukan seseorang yang aku boleh berkongsi semua masalah suka dan duka bersama...

kami mengingatkan kembali sewaktu awal kami kenal, kami berada di sekolah yang sama... disaat itu lah kami menjalinkan persahabatan yang tak putus sampai sekarang... persahabatan yang kami jalinkan sewaktu sekolah dulu adalah sangat bermakna.... kerana sahabat adalah seseorang yang telah dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T kepada kita.... tidak kira lah kita ditimpa musibah ataupun dalam keadaan bahagia.. sahabat adalah peneman yang berkekalan....

so,terima kasih sahabat kerana kau sudah banyak berkorban untuk membahagiakan diri ini....


aku berharap persahabatan yang kita jalinkan bersama akan berkekalan hendak nya....... amin......